Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
<< November 2009 | 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 >>
Garlic Mashed Potato wif Gravy
 potato

Resipi oleh Mommamia myresipi.com

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jangung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih

Cara-cara

  1. Russet
    Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Lnp
    Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!

Terung grill Air asam
Kalau ikut resipi asal namanya terung bakar air asam. Tapi oleh kerana diriku merajinkan diru untuk mengrillkan dia... hihihi aku tukar je lah namanya.

 terung bakar

Resipi ni hasil ngendap dapur knor. Resipi asalnya dari noorsha :-

Bahan2 utk Terung Bakar
3 biji terung - belah 2 (ikut style K.Nor potong serong )
sedikit garam
sedikit minyak masak @ minyak jagung


Cara2
Gaul terung dengan sedikit minyak masak @ minyak jagung. grill seketika atas stove atau bolehlah masukkan dalam oven n bakar sekejap. lepas empuk tu, ketepikan seketika.


Bahan2 utk Air Asam
10 biji cili padi
2 inci belacan bakar
1 biji bawang besar
Asam jawa sebesar duit 50 sen
1/2 cawan air masak
gula
garam


Cara2
Tumbuk c@ kisar kering cili padi dengan belacan bakar. Kemudian, masukkan gula & garam secukup rasa, tumbuk lagi. Cairkan asam jawa dengan air masak,toskan bijinya dan masukkan dalam cili & belacan yag dah ditumbuk tadi. Tambahkan sedikit demi sedikit air jika terlalu pekat. rasa & tambah ape yg kurang.... :)

Puding karamel lapis coklat
Jiyaaaa... ni ler gambar puding lapis cekelat yang sempat diambik... Hang mai tu jangan bawa tipuware ke apa.. semua dah abih laaa.. hihi

puding lapis coklat

Tapikan rupanya tak secantik yang jiya buatlah.. :p . Oleh kerna rasanya yg teramat sedap boleh buat lagi lain kali.
8 bulan
 Cenyum ciket kat aunty Jiya. Ada gaya MB ke saya ni.. hihi..
8 bulan

Saya sekarang dah 8 bulan. Dah pandai minum air sendiri. Merangkak pun dah boleh. Berdiri pun dah boleh tapi kena pegang-peganglah.
8 bulan

Tengok ni banyakkan mainan saya. Tapi mainan recycle. Mama kata mainan lama zaman kakak dan along kecik-kecik dulu. Takpelahkan.
8 bulan

Tapikan dalam banyak-banyak mainan ni, bakul laundry mama juga yang saya berkena. Boleh guna sebagai walker. Emm.. teringinlah nak duduk dalam bakul ni tapi macam mana ye nak buat. Semalam dah try tapi jatuh tergolek..
8 bulan

Mini burger nugget
mini burgerMini burger nugget ni untuk bekfes pagi tadi. Sedap,senang dan yang penting anak-anak suka. Tapi ada sikit kekurangan mini burger ni.. takde tomato. Stok b uah tomato dah abih :p

Kat atas burger tu cucuk dengan kayu pencungkil tu supaya bila budak-budak makan, isi dalamnya tak akan tercicir.













mini burger

Free chat widget @ ShoutMix