Hari ini adalah kenangan hari esok,
tanpa hari ini tiadanya hari esok.
スポンサーサイト

一定期間更新がないため広告を表示しています

- - -
Pau
Pauku ini jadi macam kulit org tua.. dimanakah silapnya??.. adakah sebab tak cucuk botoxx???

pau

Walaupun rupanya tak jelita tapi hasilnya tetap gebu. Rasanya-rasanya inilah pau yg paling gebu yg pernah aku buat. Tetap lembut walaupun dah sejuk.

Resepi pau ni amik kat myresipi.. yg diposkan oleh LynnSham . Katanya resipi ni dari taukeh frozen food, Pn Ani Ahmad yang dikongsi di RNet.

Bahan-bahan ( 64 biji - doh seberat 20 gm )

  • Bahan A:
  • 450 gm special pow flour (Hong Kong)
  • 230 ml air
  • 1 tbsp susu pekat manis
  • 5 tsp yis segera - Mauripan
  • Bahan B:
  • 300 gm special pow flour (Hong Kong)
  • 180 gm gula kastor
  • 40 gm shortening
  • 2 tbsp double action baking powder (for pau)
  • 1 tsp bread softener
  • Bahan C - larutkan:
  • 100 ml air
  • 1/2 tsp ammonium carbonate
  • Sedikit garam
  • Bahan D:
  • Inti - ikut citarasa sendiri

Cara-cara

  1. Satukan A, uli hingga jadi doh yang licin (saya guna bread maker). Kemudian rehatkan doh selama 30 minit (doh akan mengembang).
  2. Selepas 30 minit, campurkan A dengan B dan C. Uli hingga jadi doh yang licin (jika guna mixer; speed no. 2 selama 15-20 minit. Saya guna bread maker Empress [Cosway], setting no. 51, uli sebanyak 4 pusingan).
  3. Rehatkan dan biar doh mengembang sekali lagi selama 30 minit (doh pau ini sangat ringan).
  4. Bahagikan doh kepada bebola kecil (saya bahagikan kepada 20 gm tiap satu).
  5. Masukkan inti, bulat-bulatkan atau punjutkan.
  6. Rehatkan sekali lagi hingga kembang selama lebih kurang 10-15 minit.
  7. Kukus selama 5-7 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu (saya kukus dengan api sederhana).
  8. Untuk frozen pau: setelah pau dikukus, biarkan hingga betul-betul sejuk. Kemudian bekukan secara individu (pastikan pau tidak melekat antara satu sama lain). Bila dah beku, keluarkan dari fridge dan terus pek (jumlah per pek terpulang.. pau tidak akan melekat antara satu sama lain). Selepas dipek, terus disimpan sejuk-beku.
  9. Cara mengukus frozen pau: Panaskan pengukus, terus kukus pau tanpa perlu 'defrost' (api sederh

pau
Kuih-muih comments(3) -
スポンサーサイト
- - -
Comment








Salam Kak Yani...
Canteknya kaler pau ni...putih melepak...
from. Sue@Nenie | 2010/02/25 16:28 |
Hihihi... kalau Yani cucuk botox kat kuih pau ni, sahihlah ma tak mau makan! Apa ada pada rupa, janji sedap di makan. Mama dah buat pau ni, tapi tak guna ammonium tu pun sebab tak ada... memang sedap!
from. MamaFaMi | 2010/02/25 19:25 |
Sue.. dlm gambo je nampak putih tu..hehe

Mama.. i ternampak ammonium tu kat kedai bakery.. terus beli. Tapikan dia tulis ammonium saja tak pulak tulis ammonium carbonate.. sama ke?.. I main guna je.. hehe hentam sajalah labu.
from. yani | 2010/03/01 12:21 |
<< NEW | TOP | OLD>>
Related Posts with Thumbnails